KUALA LUMPUR: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sedang meneliti rancangan untuk menurunkan harga runcit, termasuk di pusat jualan bebas cukai dan restoran di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ringkasan AI
Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata langkah itu dipertimbangkan susulan kebimbangan pelancong terhadap harga barangan di lapangan terbang yang dianggap tinggi.
“Kita promosikan makanan dari rakyat kita, semua bangsa di semua outlet, pelancong pun minta kalau boleh harga makanan di lapangan terbang diturunkan sedikit.
“Kalau boleh kita punya pelancong domestik daripada rakyat pedalaman rata-rata merasakan harga agak mahal, kadang-kadang mereka bawa keluarga datang jadi mungkin kita boleh pertimbang balik,” katanya selepas merasmikan majlis Pelancaran Kempen ShopLAH by Malaysia Airports, di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, di sini, pada Selasa.
Menurut King Sing, pengusaha kedai dan pusat jualan disyor untuk mempertimbangkan strategi meningkatkan jumlah jualan berbanding bergantung kepada harga tinggi kerana berpotensi mengekalkan keuntungan dalam jangka panjang.
Beliau menegaskan perkara itu bagaimanapun diserahkan kepada pihak pengurusan dan pihak berkepentingan untuk mengadakan perbincangan menyeluruh bagi mencari penyelesaian serta mekanisme terbaik, sekali gus memastikan harga kekal kompetitif selain pada masa sama pengalaman pelancong di lapangan terbang terus dipertingkatkan.

Ringkasan AI
- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya sedang meneliti rancangan untuk menurunkan harga runcit, termasuk di pusat jualan bebas cukai dan restoran di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
- Menterinya, Datuk Seri Tiong King Sing berkata langkah itu dipertimbangkan susulan kebimbangan pelancong terhadap harga barangan di lapangan terbang yang dianggap tinggi.
- Menurut King Sing, pengusaha kedai dan pusat jualan disyor untuk mempertimbangkan strategi meningkatkan jumlah jualan berbanding bergantung kepada harga tinggi kerana berpotensi mengekalkan keuntungan dalam jangka panjang.