Skip to main content

Malaysia

Hadi Awang selamat jalani prosedur jantung

41750142805_HadiAwang.jpg
KUALA LUMPUR: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, 77, selamat menjalani prosedur jantung hari ini.

Perkara itu disahkan oleh Ahli Parlimen Bachok, Syahir Sulaiman.


Walaubagaimanapun, tiada perincian lanjut diberikan mengenai prosedur atau rawatan yang dilalui oleh Ahli Parlimen Marang itu.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan. Atas nasihat doktor, tiada pelawat dalam masa terdekat.

“Mohon doakan kesembuhan untuk Ayah Chik tercinta,” kata Syahir melalui akaun Facebook rasminya hari ini.

Abdul Hadi dilaporkan menjalani prosedur tersebut di Institut Jantung Negara (IJN).

Beliau sebelum ini pernah dimasukkan ke hospital beberapa kali, termasuk pada 2014 dan 2021 kerana sesak nafas, dan pada 2023 kerana mengalami demam.


Must Watch Video