Skip to main content

Teknologi

Google bakal tamatkan sokongan Chrome untuk macOS 11

61723521775_chrome.jpg
GOOGLE dilihat bakal menamatkan sokongan pelayar web Chrome untuk sistem operasi macOS 11 tidak lama lagi.


Ringkasan AI
  • Google akan menamatkan sokongan Chrome untuk macOS 11 bermula versi Chrome 139 yang dijadualkan pada 30 Julai 2025.
  • Versi terakhir Chrome yang menyokong macOS 11 ialah Chrome 138, dan pengguna perlu menaik taraf sistem operasi untuk terus menggunakan versi baharu.
  • Penamatan sokongan ini adalah selaras dengan amalan biasa pembangun perisian apabila sistem operasi lama mempunyai bilangan pengguna rendah dan teknologi yang sukar disesuaikan.


Versi pelayar web Chrome terakhir yang boleh digunakan oleh pengguna macOS 11 adalah versi Chrome 138.

Bermula Chrome 139 yang dijadualkan pada 30 Julai 2025 kelak, para pengguna macOS 11 tidak lagi akan disokong, dan akan diperlukan untuk menaik-taraf sistem operasi mereka sebelum dapat terus menggunakannya.

macOS 11 telah diperkenalkan pada 2020 yang lepas. Ia menjadi kebiasaan untuk pembangun perisian menamatkan sokongan selepas suatu fasa – disebabkan oleh angka pengguna yang rendah, dan juga teknologi yang lama yang sukar disesuaikan dengan versi baharu. -Amanz







Must Watch Video