Skip to main content

Malaysia

Golongan berisiko di Sarawak diarah patuh tempoh kuarantin, jangan tanggal gelang

51588240654_DouglasUggahEmbas.jpg
Individu dalam siasatan (PUI) kes COVID-19 di Sarawak yang menerima gelang tangan pengesanan diberi peringatan supaya mematuhi arahan ditetapkan terutama berkaitan proses kuarantin.

Timbalan Ketua Menterinya, Datuk Amar Douglas Uggah Embas, berkata tindakan tegas akan dikenakan jika ada dalam kalangan mereka memandang remeh pemakaian gelang tangan berkenaan dan melanggar arahan pihak berkuasa.

"Untuk pengetahuan semua, gelang tangan yang berfungsi sebagai alat pengesanan itu diwartakan (mengikut undang-undang) sehingga 9 Jun ini.

"Jadi, tindakan undang-undang boleh diambil bagi meraka yang ingkar," katanya semasa sidang media harian perkembangan COVID-19 Sarawak di di sini, pada Selasa.

BACA: Individu PUI di Sarawak cuba tanggalkan peranti pengesanan berdepan denda RM3,000

BACA: Sistem pengesanan gelang tangan digital ditambah baik

Sementara itu, beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, semua pihak perlu mematuhi tempoh kuarantin yang ditetapkan.

Menurut beliau, ini merupakan tanggungjawab besar dalam memutuskan rantaian COVID-19.

"Saya menyeru kepada semua pihak agar mematuhi tempoh kuarantin yang ditetapkan, ia perlu dipatuhi kerana ini adalah satu-satunya cara untuk mengawal jangkitan COVID-19," katanya.

Sarawak adalah merupakan negeri pertama di Malaysia yang mengguna pakai teknologi dari Korea Selatan itu dalam memerangi COVID-19.

Di samping berfungsi untuk melaporkan lokasi individu PUI, ia juga menggalakkan individu yang menerima notis duduk di rumah (SHN) untuk terus mematuhi arahan kuarantin tidak kira di hospital ataupun rumah.

Malah, maklumat terperinci dapat dikongsi dengan menggunakan telefon pintar menerusi bacaan kod QR pada peranti yang diikat di pergelangan tangan itu.

Must Watch Video