Skip to main content

Malaysia

Gempa bumi sederhana 5.1 magnitud landa Ranau - Jabatan Meteorologi Malaysia

41433492229_295x200.jpg
Satu gempa bumi sederhana dengan kekuatan 5.1 magnitud dilaporkan melanda Sabah awal pagi ini.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia menerusi maklumat yang dimuat naik di laman Facebooknya, kejadian berlaku pada pukul 2.29 pagi pada kedalaman 10 kilometer di Ranau dan  kira-kira 25 kilometer ke tenggara Kota Belud.



Selain Ranau, gegaran turut dirasai di Kudat, Beluran, Kota Marudu, Kota Belud, Keningau dan Kinabatangan.

Must Watch Video