Skip to main content

Malaysia

Gempa bumi sederhana 5.1 magnitud gegar Selatan Sumatera, tiada ancaman tsunami - MetMalaysia

Gempa Sumatera. Kredit: X Met Malaysia
Menurut kenyataan MetMalaysia, pusat gempa dikesan pada koordinat 0.6 darjah Selatan dan 99.2 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer - Foto MetMalaysia

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan satu gempa bumi sederhana berukuran 5.1 magnitud berlaku di Selatan Sumatera, Indonesia pada jam 2 petang ini (Isnin). 

Menurut kenyataan MetMalaysia, pusat gempa dikesan pada koordinat 0.6 darjah Selatan dan 99.2 darjah Timur dengan kedalaman 10 kilometer.

Gempa berkenaan berlaku kira-kira 81 kilometer utara dari Siberut, Indonesia.

Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia

Must Watch Video