Skip to main content

Malaysia

Gempa bumi landa Sumatera Utara, gegaran turut dirasai di Malaysia

71742252372_gempabumi.jpg
KUALA LUMPUR: Gempa bumi bermagnitud 5.6 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Mandailing Natal, Sumatera Utara, Indonesia, pada 6:23 pagi waktu tempatan.

Badan Meteorologi, Klimatologi, dan Geofisika (BMKG) mengesahkan kejadian itu menerusi satu hantaran di platform X.

BMKG melaporkan, kedalaman pusat gempa tersebut adalah 109 kilometer.

Bagaimanapun, pihaknya menyatakan bahawa gempa tersebut tidak berpotensi menyebabkan ancaman tsunami.

Gegaran turut dilaporkan dirasai di beberapa kawasan di Semenanjung Malaysia, terutamanya di Lembah Klang.








Must Watch Video