Skip to main content

Malaysia

Gangguan air: Kerja penyenggaraan selesai, bekalan air pulih berperingkat mulai esok - Amirudin

51634137249_LojiRawatanAirSSP.jpg
KUALA LUMPUR: Kerja-kerja penyenggaraan dan penambahbaikan aset-aset kritikal di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (SSP 1) dilaporkan siap sepenuhnya.

Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, kerja-kerja tersebut telah selesai kira-kira 2 jam 45 minit lebih awal dari tempoh yang sepatutnya.

“Alhamdulillah, kerja-kerja tersebut telah selesai kira-kira 2 jam 45 minit lebih awal dari jadual asal.

"Bekalan air akan diagihkan berperingkat bermula esok," jelas Amirudin menerusi akaun Twitternya. 

Pada masa sama, beliau mengesahkan bahawa loji tersebut telah mula beroperasi jam 8.15 malam tadi selepas beberapa jam kerja-kerja penyenggaraan dijalankan.

Must Watch Video