Skip to main content

Malaysia

Felda tunggu kebenaran nilai kerosakan

61364528888_295x200.jpg
Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan, (Felda) sedang menunggu kebenaran daripada pasukan keselamatan untuk memasuki Felda Sahabat di Lahad Datu bagi menilai kemusnahan di kampung tersebut.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd Isa Abd Samad memaklumkan bahawa penilaian akan dibuat sebaik sahaja Felda dibenar memasuki kawasan tersebut.

Antara kerosakan yang dikenal pasti termasuklah kemusnahan pokok kelapa sawit dan kediaman.

Dalam pada itu, Mohd Isa berkata Felda tidak mempunyai masalah untuk mengambil minyak sawit yang diproses dari kawasan terbabit.

Felda mendapat bantuan kapal Tentera Laut DiRaja Malaysia untuk mengiringi kapal yang mengambil minyak di jeti.

Jelasnya, dengan  kerjasama TLDM, kapal minyak sawit tersebut dapat keluar dan masuk tanpa sebarang ancaman gangguan dari pihak pengganas.

Ikuti ulasan lanjut Tan Sri Mohd Isa Abd Samad mengenai penilaian tersebut.

Must Watch Video