Skip to main content

Malaysia

Fahmi ucap selamat menyambut Hari Radio Sedunia

X@fahmi_fadzil
Fahmi turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga radio yang sentiasa memastikan komunikasi berkesan, menyampaikan maklumat bermanfaat dan tepat serta menyajikan hiburan berkualiti. - Foto X/Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil hari ini mengucapkan selamat menyambut Hari Radio Sedunia 2026 yang diraikan tanggal 13 Feb setiap tahun.

Menerusi hantaran di platform X, Fahmi turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga radio yang sentiasa memastikan komunikasi berkesan, menyampaikan maklumat bermanfaat dan tepat serta menyajikan hiburan berkualiti.

“Semoga radio terus menjadi medium yang dipercayai dalam menyatukan masyarakat, serta memperkukuh kefahaman dan keharmonian sejagat,” katanya.

Beliau turut memuat naik poster ucapan Kementerian Komunikasi seiring dengan tema sambutan kali ini iaitu “Radio dan Kecerdasan Buatan (AI)”.

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video