Skip to main content

Malaysia

Empat termasuk kanak-kanak maut dalam nahas lima kenderaan di Simpang Renggam

TB_KEMALANGAN MAUT SIMPANG RENGGAM_JBPM JOHOR
Keadaan kenderaan yang terlibat kemalangan maut di Simpang Renggam pada Isnin. - Foto JBPM Johor

SIMPANG RENGGAM: Empat termasuk seorang kanak-kanak maut selepas kereta dinaiki terlibat kemalangan dengan empat kenderaan lain di berhampiran Penjara Simpang Renggam, di sini, pada Isnin.

Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada jam 1.16 petang.

Kenderaan terlibat ialah Perodua Alza, Proton Wira, Mercedes E250 dan BMW manakala Toyota Vios dinaiki keempat-empat mangsa yang maut.

Penumpang bagi kenderaan lain dilaporkan hanya mengalami kecederaan.

Setakat ini, Sinar Harian masih menunggu kenyataan rasmi pihak polis. -Sinar Harian

 

Must Watch Video

Advertisement