Skip to main content

Malaysia

Elak sebar khabar angin palsu isu Sabah

41362467727_295x200.jpg
Orang ramai dinasihatkan supaya membiarkan pihak berkuasa menjalankan tanggungjawab mereka dalam menangani isu pencerobohan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina.

Menurut pakar jenayah, Datuk Akbar Sattar, sebarang penyebaran laporan dan khabar angin palsu menerusi media baru hanya akan mencetuskan persepsi negatif terhadap semangat pasukan keselamatan.

“Selain menjejaskan semangat pasukan keselamatan, tindakan itu juga mampu meletakkan operasi serangan ke atas kumpulan penceroboh itu terbongkar,” kata Akbar Sattar.

Tambahnya, ketidak-tentuan yang berterusan ini bakal memberi kesan buruk kepada ekonomi negara sekaligus menghindarkan pelabur-pelabur asing untuk melabur di Malaysia.

Pasukan keselamatan negara dilapor melakukan serangan ofensif terhadap kumpulan penceroboh hanya di Kampung Tanduo bermula jam 7 pagi semalam.

Must Watch Video