Skip to main content

Malaysia

EgyptAir MS804: 5 perkara yang kita tahu setakat ini

81463628719_EgyptAir.jpg
Pesawat EgyptAir MS804 menuju ke Kaherah dilaporkan hilang dari radar selepas berlepas dari Paris sekitar jam 11.09 malam Selasa (waktu tempatan).

Berikut adalah lima perkara yang kita tahu mengenai kehilangan pesawat itu setakat ini.

LAPOR LANGSUNG: Pesawat EgyptAir hilang dari radar

1. Jenis pesawat

    Pesawat EgyptAir MS804 itu adalah jenis Airbus A320 dengan ketinggian 11.76 meter dan kelebaran         37.57 meter.

2. Laluan pesawat

   Pesawat itu berlepas dari Paris sekitar jam 11.09 malam (waktu tempatan) dan sepatutnya sampai di              Kaherah pada pukul 3.15 pagi. Kapten pesawat dilaporkan mempunyai pengalaman sebanyak 6,000         jam penerbangan.

3. Jumlah orang dalam pesawat

     Terdapat 56 penumpang dan 10 kru termasuk tujuh anak kapal dan tiga pegawai keselamatan dalam pesawat itu. Laporan awal mendedahkan penumpang termasuk dua orang bayi.

4. Tempat dan ketinggian

     Pesawat EgyptAir MS804 berada pada ketinggian 37,000 kaki dan dilaporkan hilang sejurus selepas memasuki ruang  udara Mesir.

5. Kenyataan EgyptAir

  EgyptAir, melalui laman Twitter rasminya berkata ia telah menghubungi pihak berkuasa berkenaan dan        pasukan penyelamat sedang melakukan pemeriksaan.


Must Watch Video