Skip to main content

Malaysia

DBKL nafi kenyataan tular beri promosi kompaun satu saman RM10

61469787157_ParkirDBKL.jpg
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan ada mengeluarkan kenyataan yang tular di media sosial bahawa ia memberi ''kadar promosi'' satu saman RM10.

Pengarah Jabatan Perancangan Korporat DBKL Khalid Zakaria berkata perkara itu tidak benar dan DBKL tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan dan promosi sedemikian.

"Orang ramai yang ingin menyemak notis kompaun mereka boleh merujuk di https://appsys.dbkl.gov.my/ezbill/index.asp atau berhubung terus dengan pegawai kompaun di Kaunter 13, Menara DBKL, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur," katanya menerusi kenyataan hari ini.

-- BERNAMA

Must Watch Video