Skip to main content

Malaysia

COVID-19: 2,445 kes baharu, dua kematian dicatat

61656145212_TBGENERICCOVID.jpg
Jangkitan baharu COVID-19 dalam negara pada Rabu terus menunjukkan peningkatan kepada 2,445 kes berbanding 1,552 kes pada hari sebelumnya.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, sebanyak dua kes kematian dicatat semalam di mana tiada kes berlaku di luar fasiliti kesihatan atau brought in dead (BID).

Kes aktif COVID-19 dalam negara kini 24,713 dengan 23,567 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.

Dilaporkan 1,105 kes dirawat di hospital dengan 22 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Negara juga mencatatkan 1,684 kes sembuh.



Must Watch Video