Skip to main content

Malaysia

China, AS mulakan rundingan ekonomi dan perdagangan di Kuala Lumpur

71759146321_uschinaflag.jpg
KUALA LUMPUR: Delegasi China dan Amerika Syarikat (AS) memulakan rundingan pada pagi Sabtu mengenai isu ekonomi dan perdagangan, lapor Xinhua.


Ringkasan AI
  • Delegasi China dan Amerika Syarikat memulakan rundingan ekonomi dan perdagangan, selaras dengan konsensus antara ketua negara kedua-dua pihak.
  • Rundingan diketuai oleh Naib Perdana Menteri China, He Lifeng, dan dijangka menyentuh isu penting dalam hubungan ekonomi China-AS.
  • Perbincangan ini bertujuan memperkukuh kerjasama dua hala dan menangani cabaran perdagangan global secara bersama.


Menurut kenyataan Kementerian Perdagangan China pada Khamis, kedua-dua pihak akan mengadakan perbincangan mengenai isu penting berkaitan hubungan ekonomi dan perdagangan China-AS selaras dengan konsensus penting yang dicapai antara kedua-dua ketua negara menerusi panggilan telefon tahun ini.

Delegasi China diketuai oleh Naib Perdana Menteri China, He Lifeng, yang juga anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China.

-- BERNAMA


Must Watch Video