Skip to main content

Malaysia

Bonda Tengku Permaisuri Selangor meninggal dunia pada usia 82 tahun

41759028529_HajahNorashikin.jpg
SHAH ALAM: Bonda kepada Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin, iaitu Hajah Esah Tahar, kembali ke Rahmatullah pada jam 5.15 pagi Ahad di sebuah hospital di Damansara akibat sakit tua.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 82 tahun.

Menurut kenyataan rasmi Selangor Royal Office, jenazah Allahyarham akan disemadikan di Makam Diraja Shah Alam selepas solat Zohor hari ini.

Ucapan takziah mula membanjiri media sosial, dengan rakyat Selangor menyatakan rasa dukacita dan berkongsi doa agar Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.





Must Watch Video