PUTATAN : Proses penamaan calon Plihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Petagas hari ini membuka satu cerita menarik apabila dinamik politik tempatan bertemu hubungan kekeluargaan.
Ia menjadikannya antara kerusi yang paling menarik perhatian pada hari penamaan calon hari ini.
Tumpuan utama di Petagas adalah kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Awang Ahmad Sah Awang Sahari, yang hari ini mengesahkan bertanding atas tiket Bebas.
Langkah ini menjadikan penamaan calon di Petagas lebih diperhatikan, kerana beliau pernah menyertai Gabungan Rakyat Sabah sebelum memilih untuk bertanding secara bebas pada PRN kali ini.
Sementara itu, Awang Husaini, adik kepada Awang Ahmad Sah, turut bertanding di kerusi berkenaan atas tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Turut mencuri perhatian ialah apabila penyandang lama Petagas, Datuk Uda Sulai, yang juga bapa saudara kepada kedua-dua beradik itu, hadir sebagai calon Warisan.
Situasi ini menjadikan Petagas satu daripada kerusi paling unik pada PRN Sabah ke-17 apabila tiga ahli keluarga besar turun sebagai calon.
Setiap satu dengan penyokong dan landasan politik yang berbeza.
DUN Petagas [N23] menyaksikan pertandingan 10 penjuru pada PRN kali ini.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini