Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

61744638379_TBBERITAx.jpg
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 8 Februari 2026.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 8 Februari 2026.


1. Dua peserta Himpunan GARAH direman sehingga esok - Peguam 


Kedua-dua peserta Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) direman sehingga esok, kata Presiden Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muhamad Hisham Marzuki.



2. Hamzah diberi notis kedua, menghadap Lembaga Disiplin Bersatu Khamis ini?

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilapor telah mengeluarkan notis kedua kepada Timbalan Presiden parti itu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, untuk menghadap Lembaga Disiplin pada Khamis depan.


3. Pelakon Along Eyzendy meninggal dunia

Pelakon Along Eyzendy dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultan Idris Shah Serdang, Selangor kira-kira pukul 12.16 tengah malam Ahad.


4. Pemandu van Siam mengaku tidak salah langgar gadis hingga maut

Seorang pemandu van warga Thailand mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Jitra hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga mengakibatkan kematian seorang gadis di Napoh, bulan lalu.


5. Ibu bapa dibenar urus akaun media sosial anak bawah 16 tahun - Fahmi

Ibu bapa dibenarkan menguruskan akaun media sosial anak-anak berusia bawah 16 tahun, namun langkah itu tetap memerlukan pemantauan sepenuhnya.


6. KPKT sedia bantu proses pemutihan rumah ibadah tanpa kebenaran - Kor Ming

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) melalui pihak berkuasa tempatan (PBT) bersedia bekerjasama dengan semua pihak berkaitan dalam melaksanakan program pemutihan rumah ibadat yang dibina tanpa kebenaran.


7. Malaysia, India tegaskan kerjasama BRICS dan sokongan bersama

Malaysia dan India menegaskan semula sokongan bersama terhadap peranan masing-masing dalam BRICS, sambil menekankan kerjasama itu sebagai pencapaian strategik ke arah memperkukuh orde antarabangsa yang lebih seimbang dan berperwakilan.


8. Wabak tibi di Pulau Pinang terkawal, tiada kluster dilaporkan - Exco

Wabak Tuberkulosis (tibi) atau batuk kering masih berada dalam keadaan terkawal dengan tiada kluster dilaporkan di Pulau Pinang setakat ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Kesihatan negeri Daniel Gooi Si Zen.


9. Kanak-kanak buka pintu kenderaan punca kemalangan enam kenderaan di Jalan Tun Razak 

Tindakan seorang kanak-kanak perempuan secara tidak sengaja membuka pintu belakang sebuah kereta yang sedang bergerak dikenal pasti sebagai punca kemalangan melibatkan enam kenderaan di Jalan Tun Razak, Jumaat lepas. 


10. Isu tanah ladang komersial FELDA-Terengganu hampir selesai - Ahmad Zahid 

Isu tanah ladang komersial antara Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) dan Kerajaan Negeri Terengganu hampir selesai, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.




Must Watch Video