ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 28 Mac 2026.
'Will you marry me?' Dari puncak Gunung Kinabalu, Syed Saddiq-Bella bertunang hari ini
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, mengumumkan akan bertunang dengan Bella Astillah, hari ini, selepas melamar wanita itu di puncak Gunung Kinabalu.
Jurang ranking Harimau Malaya-Indonesia semakin jauh
Kemenangan Indonesia dalam perlawanan pertama Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) Series menewaskan St. Kitts dan Nevis berjaya memperbaharui kedudukan ranking terkini dan berpeluang terus mendaki tinggi carta dunia.
Perlis, sebahagian Kedah dan Perak alami gelombang haba
Lima daerah di Kedah, selain Hulu Perak di Perak serta seluruh negeri Perlis merekodkan gelombang haba Tahap 2 setakat 6 pagi Sabtu.
- Konflik Asia Barat: Tujuh kapal Malaysia tunggu 'lampu hijau’ Iran di Selat Hormuz
Tujuh kapal Malaysia yang terkandas di Selat Hormuz bukannya ditahan, sebaliknya sedang menunggu kebenaran untuk melalui kawasan tersebut.
Kerajaan tidak pernah berpendirian bahawa penyasaran subsidi diesel tidak akan dilaksanakan, namun akan dilaksanakan secara berperingkat.
- Rumah Bangsa: Permohonan Hishammuddin, Khairy dibawa kepada MT UMNO 17 April
Perbincangan akan dibuat berteraskan semangat “Rumah Bangsa”, namun keputusan permohonan tidak semestinya diumum pada mesyuarat itu.
- Gelombang haba: Orang ramai perlu had masa di luar bangunan, banyak minum air kosong - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) menasihati orang ramai untuk mengehadkan masa di luar bangunan serta mengurangkan aktiviti fizikal luar sebagai langkah utama melindungi diri daripada risiko kesihatan sepanjang musim gelombang haba.
- Kerajaan masih mampu tampung subsidi RON95, sedia selaras dasar - Muhammad Kamil
Kerajaan ketika ini masih mampu menampung jumlah subsidi bagi petrol RON95, namun bersedia melakukan pelarasan dasar mengikut keperluan semasa sekiranya kos terus meningkat akibat krisis di Asia Barat.
- Cuaca panas: Sekolah di Pendang, Kota Setar laksana PdPR selama 3 hari bermula esok - JPN Kedah
Pengoperasian sekolah di daerah Pendang dan Kota Setar akan dilaksanakan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selama tiga hari bermula 29 hingga 31 Mac 2026.
- Victor Chin perlu jawab perbelanjaan RM303.7 juta semasa jadi COO NexG - Mohamad Reeduan
Bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) NexG Bhd (NexG), Victor Chin Boon Long, digesa tampil memberikan penjelasan kepada pemegang saham berhubung perbelanjaan RM303.7 juta yang berlaku ketika beliau memegang jawatan itu, khususnya dalam tempoh beberapa keputusan pelaburan utama dibuat.