Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 16 Februari 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 16 Februari 2026.

Wan Saiful tarik balik rayuan pemecatan Bersatu

Wan Saiful berkata, beliau telah pun menghantar surat rasmi kepada Pengerusi Lembaga Rayuan Bersatu bagi memaklumkan mengenai perkara tersebut.

 

Bunuh remaja: Polis Lundu kesan lelaki bernama Juli Mangkok

Individu yang diburu ialah Juli Mangkok, yang merupakan rakan sekerja dan serumah dengan mangsa ketika kejadian.

 

Polis siasat kejadian pintu bank pecah ditembak di Sibu

Hasil pemeriksaan pihaknya di tempat kejadian menemukan satu kelongsong peluru dan satu butir peluru hidup dipercayai mempunyai kaitan dengan insiden terbabit.

 

Misi perangi rasuah: Tiada siapa terkecuali, SPRM juga dalam 'radar' - Agong

Yang di-Pertuan Agong memberi amaran tegas bahawa lebih ramai pihak kini berada dalam ‘radar’ Seri Paduka Baginda dalam misi  memerangi rasuah tanpa kompromi.

 

Selepas Wan Saiful, Saifuddin pula tarik balik rayuan pemecatan Bersatu

Selepas Datuk Wan Saiful Wan Jan bertindak menarik balik rayuan pemecatan yang dikenakan terhadapnya, Datuk Seri Saifuddin Abdullah turut mengambil langkah sama.

 

Isu pencerobohan: Pemilik tanah digesa ikut saluran undang-undang untuk lindungi mereka - Azalina

Pemilik tanah yang berdepan isu pencerobohan perlu menggunakan saluran undang-undang bagi melindungi hak mereka dan tidak boleh bertindak sendiri.

 

PM Anwar seru rakyat perkukuh keharmonian sempena Tahun Baharu Cina

Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru seluruh rakyat Malaysia agar terus memelihara keharmonian dan semangat saling menghormati dalam mendepani cabaran semasa, bersempena sambutan Tahun Baharu Cina.

 

Sultan Selangor seru rakyat tidak terpengaruh dengan ahli politik tiup api perpecahan

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menyeru rakyat supaya tidak terpengaruh dengan segelintir pihak, khususnya ahli politik yang gemar meniup api perpecahan demi kepentingan sempit.

 

KBS berhasrat perluas kerjasama dengan rumah ibadat lain bina sahsiah golongan belia

Menteri Belia dan Sukan, Mohammed Taufiq Johari berkata, kementeriannya turut berhasrat melebarkan kerjasama dengan rumah ibadat agama lain sebagai inisiatif agenda pembangunan belia.

 

Dividen KWSP dijangka 6.3-6.5 peratus pada 2025 - Ahli ekonomi

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan kadar dividen antara 6.3 peratus dan 6.5 peratus bagi 2025, kata Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid.

 





 

 

Must Watch Video