Skip to main content

Advertisement

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Februari 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 17 Mac 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 17 Mac 2026.
 

1. Zamri Vinoth mengaku tidak bersalah buat kenyataan timbulkan kegentaran awam

Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH), Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu, mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan atas pertuduhan berkaitan satu hantaran di Facebook pada 3 Februari lalu.
 

2. Arun Dorasamy didakwa atas pertuduhan buat kenyataan sebabkan kegentaran awam

Aktivis Arun Dorasamy atau nama sebenarnya Arumugam Dorasamy mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Jawi di sini atas pertuduhan membuat kenyataan dengan niat menyebabkan kegentaran awam di media sosial, tahun lepas.
 

3. Kabel, talian elektrik tidak boleh disentuh atau diceroboh - TNB

Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengingatkan orang ramai pepasangan elektrik seperti tiang, kabel dan talian elektrik berbahaya serta tidak boleh disentuh atau diceroboh oleh mana-mana pihak.
 

4. Diskaun tol 50 peratus dua hari sempena Aidilfitri, bermula tengah malam 18 Mac

Kerajaan mengumumkan pemberian diskaun tol sebanyak 50 peratus selama dua dua hari sempena Aidilfitri bagi meringankan kos perjalanan rakyat pulang ke kampung halaman.
 

5. Cadangan penjawat awam bekerja dari rumah tidak babit sektor pendidikan, kesihatan - Fahmi

Cadangan agar penjawat awam bekerja dari rumah bagi memastikan kesinambungan operasi kerajaan dalam berdepan kesan akibat konflik geopolitik tidak akan membabitkan sektor pendidikan dan kesihatan buat masa ini.
 

6. AFC batalkan dua kemenangan Harimau Malaya dalam kelayakan Piala Asia

Dua kemenangan Harimau Malaya, masing-masing ke atas Nepal dan Vietnam, dalam pusingan kelayakan Piala Asia tahun lalu dibatalkan, sekali gus menyaksikan skuad negara kehilangan enam mata dalam kempen berkenaan.
 

7. Kulasegaran tepis dakwaan hadir prosiding aktivis Arun

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) M. Kulasegaran menegaskan beliau tidak berada di dalam mahkamah semasa prosiding yang melibatkan aktivis Arun Dorasamy, sebaliknya hanya sempat bertemu secara singkat di luar Kompleks Mahkamah Majistret Jawi di Nibong Tebal.
 

8. LLM jangka 3.49 juta kenderaan di lebuh raya sempena Aidilfitri

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan jumlah trafik mencecah 3.49 juta kenderaan di lebuh raya utama dan lebuh raya sambungan pada hari puncak pergerakan sempena sambutan Aidilfitri.


9. Tamim Dahri dikesan di Riyadh, mahkamah tangguh pertuduhan

Mahkamah Majistret di sini menangguhkan pertuduhan terhadap aktivis Tamim Dahri Abdul Razak sehingga 15 Mei depan selepas dia dikesan berada di Riyadh, Arab Saudi.
 

10. Johari dijangka teruskan perbincangan ART dengan Amerika Syarikat - Fahmi

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Johari Abdul Ghani dijangka mengadakan beberapa perbincangan dengan Amerika Syarikat berhubung isu Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART).

Must Watch Video