Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Februari 2026.
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Mac 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Mac 2026.

1. Mesyuarat Tertinggi PN: "Beberapa pelantikan akan dibuat" - Ahmad Samsuri

Beberapa pemimpin kanan Perikatan Nasional (PN) dilihat tiba, di sini, bagi menghadiri Mesyuarat Tertinggi gabungan itu yang dijadual berlangsung pada jam 11 pagi ini.

2. Konflik Asia Barat: 23 jam redah perjalanan darat, demi keluarga dari zon perang

Meredah perjalanan darat selama 23 jam dengan menaiki bas merentasi sempadan negara antara cabaran getir yang terpaksa ditempuh Mohd Tarmimi Tarmizi demi menyelamatkan diri daripada terus terperangkap dalam kancah konflik di Asia Barat.

3. Malaysia terus catat prestasi ekonomi positif - Ketua Perangkawan

Malaysia terus menunjukkan prestasi ekonomi yang positif meskipun berdepan ketidaktentuan global.

4. Bomba selamat 2 beradik terperangkap dalam kebakaran rumah

Dua beradik berjaya diselamatkan pasukan bomba dalam unit apartmen yang terbakar di Taman Megah Emas di Petaling Jaya, pada Sabtu.

5. PN lantik Ahli Parlimen Pas sebagai Ketua Pembangkang, umum akhir Mac

Perikatan Nasional putuskan jawatan Ketua Pembangkang akan dipegang oleh seorang Ahli Parlimen Pas bagi menggantikan Datuk Seri Hamzah Zainudin.

6. PDRM kerjasama dengan pihak berkuasa Thailand kesan Zamri Vinoth, Tamim Dahri

Pegawai PDRM di Thailand sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Thailand bagi mengesan penceramah bebas Zamri Vinoth dan aktivis Tamim Dahri.

7. Bekalan yang pelbagai lindungi Malaysia daripada gangguan minyak serta-merta - MPRC

Bekalan minyak Malaysia kekal stabil, disokong oleh penyumberan minyak mentah dan produk yang pelbagai, serta infrastruktur penyimpanan laut dalam dan terminal di Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC).

8. Hampir dua dekad hilang, ibu tabah menanti kepulangan Sharlinie
Hampir 20 tahun selepas Sharlinie Mohd Nashar hilang dalam kejadian yang menggemparkan negara, ibunya masih tabah menanti kepulangan anak perempuannya itu ke pangkuan keluarga.

9. Amira Aisya jadi Presiden baharu MUDA, tekad bela nasib rakyat

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) melantik ADUN Puteri Wangsa, Amira Aisya Abd Aziz sebagai Presiden Jawatankuasa Eksekutif Pusat (JKEP) bagi penggal 2026-2029.

10. Tiada rumah terbuka langkah berhemat hadapi ketidaktentuan ekonomi - Dr Wan Azizah

Malaysia perlu berhemat dalam mengurus kos dan membuat persediaan menghadapi ketidaktentuan ekonomi global, termasuk kemungkinan kenaikan harga minyak dunia, kata isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Must Watch Video