Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Februari 2026.

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Februari 2026.

 

1. Akaun Facebook Bersatu disabotaj, empat pentadbir didakwa terlibat

Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendakwa beberapa individu termasuk pegawai khas kepada bekas Timbalan Presiden parti terlibat dalam insiden sabotaj akaun Facebook rasmi Bersatu pada Sabtu.
 

2. 503 kes baharu tibi sehingga Minggu Epidemiologi kelima 2026

Sebanyak 503 kes baharu tuberkulosis atau tibi dikesan di seluruh negara sehingga Minggu Epidemiologi kelima tahun ini (ME 5/2026) menjadikan bilangan keseluruhan kes kepada 2,571 setakat ini.

 

3. Azam Baki tolak desakan bercuti, beri amaran saman Bloomberg

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, menolak desakan beberapa Ahli Parlimen supaya beliau bercuti susulan siasatan yang sedang dijalankan terhadap dirinya.

 

4. 8.1 juta rakyat sudah tebus SARA- Amir Hamzah

Seramai kira-kira 8.1 juta rakyat Malaysia telah menebus inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan jumlah perbelanjaan mencecah hampir RM780 juta.

 

5. Keamanan asas kemajuan negara, wajib dipelihara - PM Anwar

Keamanan yang dinikmati penduduk pelbagai kaum di Malaysia perlu dipelihara sebaiknya kerana ia elemen asas pada kemajuan negara.

 

6. Wanita Malaysia terkandas di Lombok selama 18 tahun, pulang dengan selamat

Seorang wanita warga Malaysia yang terkandas di Lombok sejak sekian lama dan terpisah selama 18 tahun daripada keluarganya akhirnya selamat dibawa pulang ke tanah air pada Sabtu.

 

7. Malaysia ada potensi luar biasa jika terus ditadbir dengan baik, bersih - PM Anwar

Malaysia mempunyai potensi luar biasa untuk mencapai kemajuan lebih pesat sekiranya terus ditadbir dengan baik dan bersih, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

 

8. Keputusan sertai UMNO dibuat MKT - Ahmad Maslan

Sebarang keputusan untuk membenarkan mana-mana pemimpin politik menyertai UMNO akan ditentukan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) parti itu berdasarkan tiga prinsip utama.

 

9. Tuntutan 40 peratus hasil jadi keutamaan PH Sabah - Mustapha

Isu tuntutan 40 peratus hasil Sabah di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) terus menjadi keutamaan Pakatan Harapan (PH) negeri itu demi kepentingan rakyat, kata Pengerusi PH Sabah Datuk Mustapha Sakmud.

 

10. 'Saya ingatkan Azam Baki jangan terlalu yakin' - Rafizi

Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli, mengingatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, supaya tidak terlalu yakin dengan kedudukan semasa ketika isu melibatkan dirinya masih diperkatakan.

 

Must Watch Video