ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 12 Mac 2026.
Lelaki maut terjatuh dari tingkat tiga ketika serbuan polis
Seorang lelaki maut selepas disyaki terjatuh dari tingkat tiga sebuah unit kediaman di Jalan Gombak di sini ketika cuba melarikan diri semasa serbuan polis pada Rabu.
LTAT umum 5.35% dividen FY25, tertinggi dalam tempoh lapan tahun
Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), dana persaraan anggota tentera Malaysia mengisytiharkan dividen sebanyak 5.35% bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025.
Evakuasi Asia Barat: 179 rakyat Malaysia di Qatar berjaya dibawa pulang
Seramai 179 orang lagi rakyat Malaysia telah selamat tiba di tanah air dari Doha, Qatar pada tengah malam ini Khamis (12 Mac) di bawah Operasi Evakuasi Rakyat Malaysia dari Zon Konflik Asia Barat.
Aidilfitri: PLUS jangka 2.3 juta kenderaan guna lebuh raya, 34 Smart Lane diaktifkan
PLUS jangkakan jumlah trafik di lebuh raya kendaliannya meningkat sehingga 2.3 juta kenderaan sehari sepanjang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.
Cubaan guling kerajaan: Balu Tun Daim tak mampu gugat demokrasi - Peguam
Peguam Toh Puan Na’imah Abdul Khalid selesai dirakam keterangan di Bukit Aman hari ini berhubung siasatan dakwaan cubaan menggulingkan kerajaan.
JAWI diarah siasat penggunaan terjemahan ayat al-Quran promosi budaya songsang
JAWI diarahkan menjalankan siasatan berhubung satu sepanduk dengan terjemahan ayat al-Quran yang digunakan bagi mempromosikan budaya songsang dalam satu perarakan di ibu negara.
Hishammuddin terharu dengan Zahid, sedia kembali berjuang untuk UMNO
Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Khamis menyatakan kesediaan untuk terus berjuang dalam parti itu, khususnya bersama warga Sembrong, UMNO Johor, serta kepimpinan parti.
Tiada rakyat Malaysia terkandas di wilayah barat Arab Saudi
Tiada rakyat Malaysia dikategorikan sebagai terkandas di wilayah barat Arab Saudi susulan kejayaan Operasi Evakuasi Rakyat Malaysia dari Zon Konflik Asia Barat pada Selasa (10 Mac).
Pengaturan kerja fleksibel bantu kerajaan hadapi situasi luar jangka - KPPA
Pelaksanaan pengaturan kerja fleksibel termasuk bekerja dari rumah (WFH) dilihat sebagai antara langkah penting bagi memastikan kesinambungan operasi kerajaan dalam menghadapi dunia yang semakin tidak menentu akibat konflik geopolitik, bencana atau krisis kesihatan awam.
Malaysia Airlines lanjutkan penggantungan perkhidmatan laluan Doha sehingga 20 Mac
Malaysia Airlines melanjutkan penggantungan sementara perkhidmatan bagi laluan Doha sehingga 20 Mac 2026 susulan perkembangan berterusan melibatkan persekitaran keselamatan di negara terbabit.