ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 7 Mac 2026.
Khairy Jamaluddin sedia kembali ke pangkuan UMNO
Khairy berpendapat, pelawaan itu sebagai ruang terbaik untuk kembali semula ke dalam UMNO.
Gandingan nombor dua dunia itu hanya mengambil masa 43 minit untuk menundukkan lawan mereka dengan straight set 21-9, 21-18.
Al-Quran wahana penting bimbing umat Islam hadapi cabaran semasa - PM Anwar
Anwar berkata, al-Quran bukan sekadar memenuhi maqasid penurunannya dalam memperkukuh akidah dan memuliakan insan, tetapi juga merakamkan misi islah melalui kisah sejarah perjuangan para Rasul sebagai pedoman umat.
- Konflik Asia Barat: Kerajaan lulus pelan evakuasi, aktifkan bila perlu - Mohamad
Kerajaan secara dasar telah meluluskan pelan evakuasi rakyat Malaysia dari kawasan berisiko di Asia Barat dan boleh diaktifkan pada bila-bila masa.
5. Perkasa anak muda dengan pendidikan, elak terpengaruh ideologi ekstremis - PM Anwar
Beliau mahu anak-anak muda diperkasa dengan pendidikan dan kesedaran yang kukuh bagi mengelakkan mereka terpengaruh ideologi ekstremis.
6. Doktor pelatih wanita ditemukan meninggal dunia di asrama
Seorang doktor pelatih wanita ditemukan meninggal dunia di sebuah bilik asrama di Hospital Sultan Ismail Petra (HSIP) Kuala Krai, semalam.
7. PM Anwar gesa rakyat berjimat, waspada kesan ketidaktentuan ekonomi global
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihati rakyat supaya merancang perbelanjaan dan mengamalkan sikap berjimat cermat sebagai langkah persediaan menghadapi kemungkinan ketidaktentuan ekonomi global.
8. Konflik Asia Barat: 649 Rakyat Malaysia masih terkandas – Wisma Putra
Seramai 649 rakyat Malaysia dilaporkan masih terkandas di beberapa lokasi di Asia Barat susulan peningkatan konflik di rantau tersebut, menurut Kementerian Luar Negeri Malaysia.
9. MCMC teliti pelbagai kaedah pengesahan umur had 16 tahun untuk media sosial - Teo
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata MCMC ketika ini telah mengadakan sesi libat urus dengan penyedia perkhidmatan media sosial seperti Meta, Google dan TikTok bagi menentukan kaedah bersesuaian.
10. Rasuah: Isa Samad fail semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan
Bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad telah memfailkan permohonan semakan terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengembalikan sabitan dan hukuman penjara enam tahun serta denda RM15.45 juta terhadapnya atas pertuduhan rasuah.