Kerajaan masih tidak menerima sebarang maklumat jika terdapat jangkitan baharu COVID-19 dari kalangan rakyat Malaysia di Singapura, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Namun, beliau percaya, adalah menjadi amalan untuk kerajaan luar memberi maklumat tersebut secepat mungkin, sebagai mana yang Malaysia sering lakukan jika ada rakyat asing di negara ini dijangkiti wabak itu.
“Hari ini memang ada peningkatan 900 lebih kes di Singapura, tetapi kami tidak dimaklumkan apa apa lagi. Kebiasaannya, kami akan dimaklumkan melalui Jawatankuasa Pengawalseliaan Kesihatan Antarabangsa di bawah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
BACA: COVID-19: Kes baharu kekal dua digit, PKP beri kesan positif - KP Kesihatan
BACA: COVID-19: Singapura catat 942 kes baharu, jumlah terkini 5,992
“Mungkin anda ingat, kes indeks di Singapura, dan kemudian pesakit itu datang ke Malaysia. Kita telah dimaklumkan oleh pihak Singapura dan kita berjaya kesan pesakit itu.
"Jadi kita ada kerjasama baik dengan negara jiran,” katanya dalam sidang media harian COVID-19 di Putrajaya hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenaikan terbesar kes positif COVID-19 di Singapura, iaitu sebanyak 942 kes melibatkan jangkitan di kalangan pekerja asing.
Menurut agensi media CNA, majoriti pekerja asing itu tinggal di kawasan asrama yang disediakan majikan masing-masing.
Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, saringan berskala besar akan dilakukan berdasarkan kawasan yang dikenal pasti, serta kumpulan yang berisiko tinggi.
“Sebagai contoh, kluster tabligh yang mana ia merupakan 40 peratus daripada jumlah keseluruhan kes positif di negara ini, dan seterusnya kumpulan melibatkan pelajar tahfiz kerana terdapat 197 madrasah tahfiz di seluruh negara.
“Untuk kawasan berisiko tinggi, kita laksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), yang mana kita kenakan perintah berkurung dan kita buat saringan berskala besar di situ,” katanya lagi.
Selain itu, katanya lagi, kementerian sedang melihat kemungkinan untuk mengadakan saringan berskala besar di kawasan yang menempatkan kediaman pekerja asing.