Skip to main content

Malaysia

Bekas Presiden MTUC, Zainal Rampak meninggal dunia

41720060616_tbBelasungkawa.jpg
KUALA LUMPUR: Bekas Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Tan Sri Zainal Rampak meninggal dunia, pada 2.55 pagi tadi.

Menurut Setiausaha Agung MTUC, Kamarul Baharin Mansor, pemergian Allahyarham Zainal dirasai kerana beliau merupakan pemimpin kesatuan sekerja terunggul di negara ini.

"Allahyarham meninggalkan kesan yang mendalam dalam dunia kesatuan sekerja di Malaysia dan serantau," katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Allahyarham Zainal berkhidmat sebagai Presiden MTUC dari 1986 hingga 2004, memperjuangkan hak dan kepentingan pekerja dengan dedikasi dan semangat yang tidak pernah pudar.

Pada peringkat antarabangsa, beliau turut dikenang atas sumbangannya sebagai ahli badan pengarah Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dari 2000 hingga 2004.



Must Watch Video