Skip to main content

Malaysia

Bekalan tenaga negara kekal terjamin - PM Anwar

Bekalan Tenaga Negara, Anwar Ibrahim
Anwar mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara (MKewN) 2026 bersama kalangan Menteri Besar dan Ketua Menteri di Kementerian Kewangan hari ini. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Bekalan gas dan minyak negara kekal terjamin dan kerajaan akan terus memantau rapat perkembangan global susulan konflik di Asia Barat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Menerusi hantaran di media sosial, Anwar berkata kerajaan MADANI memastikan Malaysia bersiap siaga dengan langkah kontingensi bagi melindungi rakyat serta memastikan kelangsungan ekonomi negara.

Terdahulu, Anwar yang juga Menteri Kewangan mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara (MKewN) 2026 bersama kalangan Menteri Besar dan Ketua Menteri di Kementerian Kewangan petang tadi.

"Dalam mesyuarat ini, saya memaklumkan bahawa asas ekonomi Malaysia kekal kukuh di sebalik ketidaktentuan susulan konflik di Asia Barat. 

"Pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) 2025 mengatasi unjuran, manakala kadar pengangguran berada pada tahap terendah dalam tempoh 11 tahun," kata beliau.

-- BERNAMA

Must Watch Video