Skip to main content

Malaysia

Bayi masih bertali pusat dibuang berhampiran longkang masjid Subang Jaya

41456475620_BuangBayi.jpg
Seorang bayi perempuan masih bertali pusat dijumpai di belakang Masjid Darul Ehsan, di SS15 di sini pukul 7.20 pagi tadi.

Bayi berkenaan ditemui dalam keadaan menggigil akibat kesejukan selain dihurung dan digigit semut berhampiran sebuah longkang di masjid tersebut.

Menurut polis, bayi seberat 1.78 kg itu dipercayai lahir tidak cukup bulan dan berusia dalam lingkungan 32 minggu.

Pegawai perubatan dari Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) yang berada di lokasi kejadian memaklumkan terdapat luka serta calar pada bahagian kaki kiri bayi itu.

Bayi itu kini menerima rawatan di PPUM dan dilaporkan stabil.

Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah dihubungi untuk mengambil tindakan lanjut.

Setakat ini, siasatan masih dijalankan dan belum ada mana-mana individu ditahan susulan penemuan bayi tersebut.

Must Watch Video