Skip to main content

Malaysia

Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia

Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia yang berlangsung sejak Jumaat dijangka menarik lebih 70,000 pengunjung terutama di kalangan orang muda.

Antara lain, acara itu menyajikan lebih 40 pertandingan untuk masyarakat pelbagai bangsa dan peringkat umur.

Antara acara  yang disajikan ialah berbasikal jelajah kampung, sukan rakyat, pertandingan memasak, ‘paintball’, memasak, dan futsal.

Pada sebelah malam pula, pengunjung akan dihiburkan dengan konsert oleh artis-artis tanah air. 

Selain itu, Tabung  Pewira Lahad Datu dan Tabung Kemanusiaan Palestin turut dilancarkan pada acara ini.

Dengan konsep santai dan mesra rakyat, kemuncak Astro Fiesta Mesra Belia 1Malaysia di Pandan ini bakal diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada malam Ahad.

Must Watch Video