Skip to main content

Malaysia

Ashman Najib doa bapanya diberi layanan adil

51537364520_950x600.jpg
Anak bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, berdoa agar bapanya diberi layanan yang adil.

Menerusi perkongsian dalam Instagram peribadinya, Mohd Ashman Najib berkata, dia tidak dapat membayangkan kesusahan bapanya yang ditahan di lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) petang tadi.

"Saya duduk di luar tempat penahanan anda (Najib), dengan penuh kebimbangan. Saya tidak dapat membayangkan apa kesusahan yang daddy hadapi di sana.

"(Cuma) berdoa daddy diberi layanan yang adil dan undang-undang Malaysia ditegakkan. Tidak sabar untuk membawa daddy ke tempat yong tau foo kegemaran bila dilepaskan," katanya hari ini.

BACA: Najib ditahan SPRM, dihadapkan ke mahkamah esok

Foto Instagram Ashman Najib

Najib sekali lagi terpaksa bermalam di lokap SPRM di Putrajaya bagi menghadapi pendakwaan terbaru terhadapnya esok.

Beliau sebelum itu ditahan jam 4.13 petang selepas sejam hadir di ibu pejabat SPRM hari

Pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan kemasukan dana RM 2.6 bilion dijangka dikemukakan terhadap Najib petang esok.

Must Watch Video