Skip to main content

Malaysia

Arahan berhenti kerja dikeluarkan

81370562611_295x200.jpg
Kementerian Kerja Raya Malaysia menyatakan bahawa kerja-kerja pengalihan sisa-sisa runtuhan sedang diteruskan untuk mengeluarkan mangsa di tempat kejadian runtuhan penyambung susur keluar JPP2 di  Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu.

Menurut kenyataan kementerian itu,  arahan Berhenti Kerja daripada Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) kepada Cergas Murni Sdn Bhd telah pun dikeluarkan.

Arahan daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Malaysia pula akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Isu-isu mengenai keselamatan di tapak pembinaan adalah di bawah bidangkuasa DOSH dan pihak kementerian akan menjalankan penyiasatan yang mendalam. 

Namun satu pasukan pakar akan tubuhkan bagi  menyiasat punca insiden ini dan mengenalpasti faktor runtuhan, kompetensi pekerja dan pengendalian kontraktor di tapak sama ada mematuhi tata-cara kerja.

Kementerian  juga mengesyorkan langkah-langkah untuk mengelakkan insiden seperti ini daripada berulang di projek-projek pembinaan Kerajaan dan Swasta.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui laman Twitter telah menyatakan bahawa pihak berkuasa akan menyiasat tragedi ini.

Projek Jambatan Kedua Pulau Pinang (JPP2) ini merupakan sebuah projek Kerajaan Persekutuan yang menyambungkan Batu Maung di bahagian pulau ke Batu Kawan di tanah besar.

Pembinaan JPP2 ini dilaksanakan oleh syarikat Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) yang merupakan sebuah syarikat 100% milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD).

Panjang keseluruhan JPP2 adalah 24km iaitu 17km merupakan jambatan di atas kawasan laut dan baki 7km merupakan lebuh raya di kawasan darat.

Must Watch Video