Skip to main content

Malaysia

Amaran hujan berterusan tahap waspada di Pantai Timur hingga esok

41764750049_Banjir.jpg
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada yang dijangka melanda negeri di Pantai Timur bermula hari ini hingga esok.

Ketua Pengarah MetMalaysia Mohd Hisham Mohd Anip dalam kenyataan berkata amaran tahap waspada yang dikeluarkan pada 3 petang itu, melibatkan Pahang di Kuantan, Pekan dan Rompin.

Selain itu, amaran hujan berterusan tahap waspada turut dijangka melibatkan Kelantan di Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang serta Terengganu (Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman).

Orang ramai dinasihatkan mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi mudah alih myCuaca, media sosial rasmi MetMalaysia atau menghubungi talian MetMalaysia di 1-300-22-1638.

-- BERNAMA

Must Watch Video