Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah saling berpegangan tangan dengan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah pada Istiadat Pertabalan Agong Ke-16.
Gelagat itu dirakam menerusi siaran langsung Radio Televisyen Malaysia (RTM) sempena istiadat tersebut yang berlangsung di Istana Negara hari ini.
Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum itu menerima Hormat Diraja oleh Kawalan Kehormatan Utama yang dibarisi 107 anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD).
Rata-rata para netizen menyifatkan gelagat kedua-dua Baginda begitu comel dan amat mesra.