JOHOR BAHRU: Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim hari ini berkenan menerima menghadap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Dalam pertemuan tersebut, Seri Paduka Baginda telah dipersembahkan dengan taklimat terperinci mengenai perkara berkaitan pembangunan negeri, kesejahteraan rakyat dan isu semasa.
Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, sesi mengadap itu berlangsung di Istana Pasir Pelangi, di sini.
-- BERNAMA