Skip to main content

Malaysia

Agong berkenan dimasyhurkan Penaung Utama Persekutuan Pengakap Negara

51697641439_YangdiPertuanAgon.jpg
KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan dimasyhurkan sebagai Penaung Utama Persekutuan Pengakap Negara.

Menerusi hantaran di Instagram Istana Negara, pemasyhuran itu diadakan ketika Seri Paduka menerima menghadap pemangku Ketua Pengakap Negara Mej Jen (B) Prof Datuk Dr Mohd Zin Bidin, di Istana Negara hari ini.

Pada majlis tersebut, Al-Sultan Abdullah turut berkenan menerima persembahan Bintang Semangat Padi Emas iaitu anugerah tertinggi Persekutuan Pengakap Malaysia yang hanya disampaikan kepada tokoh-tokoh terbilang sahaja.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Yang Dipertua Majlis Pengakap Negara (MPN) Datuk Ahmad Shazily Ismail Bakti, Bendahari Kehormat MPN Tan Sri Abdullah Taib, Yang Dipertua Dewan Rakyat merangkap Ahli MPN Tan Sri Johari Abdul dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara Nasaruddin Shamsuddin.

-- BERNAMA

Must Watch Video