KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lapan lokaliti di Sabah, Terengganu dan Kelantan.
Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata, PKPD di semua lokaliti itu akan bermula pada 10 sehingga 23 Ogos ini.
Lokaliti itu merangkumi Blok 11 Kg Titingan, Kampung Pukat, Tanjung Batu Laut dan Kampung Rawa-Rawa Batu 4 di Tawau; Perumahan Ladang Kapur, Benta Wawasan dan Perumahan Ladang Serudung, Usahawan Borneo di Kalabakan dan Kampung Padas, Kota Kinabalu, Sabah.
Sementara itu di Terengganu ialah di Desa Keluarga YPK Chendering, Kuala Terengganu, manakala di Kelantan (Kampung Baru Pupoh, Pasir Puteh).
Dalam pada itu, Hishammuddin berkata, empat lokaliti dilanjutkan PKPD sehingga 23 Ogos iaitu di Kampung Bukit Merbau, Bukit Jawa, Pasir Puteh dan Kg. Banggol Pak Esah, Bukit Abal, Pasir Puteh di Kelantan selain Kampung Bukit Malut, Langkawi di Kedah.
Sementara PKPD di Kampung Teluk Menara, Manir, Kuala Terengganu, Terengganu dilanjutkan sehingga 18 Ogos.
Hishammuddin juga memaklumkan, PKPD akan ditamatkan di 30 lokaliti meliputi empat kampung di Mukim Bukit Jawa; tujuh kampung di Mukim Bukit Abal; dua lokaliti di Mukim Bukit Jawa, Pasir Puteh serta dua lokaliti di Machang, Kelantan.
PKPD juga ditamatkan di Kampung Sumaang, Ranau; Kampung Sangkabok, Menumbok, Kuala Penyu; Taman Semarak Megah, Tawau; Ladang Belian, Kalabakan; dua lokaliti di Sipitang dan dua lokaliti Beaufort, Sabah.
Ia turut ditamatkan di empat Kampung dalam Mukim Ulu Selama, daerah Larut, Matang dan Selama (LMS), Perak serta tiga lokaliti dalam daerah Kuantan, Pahang.
Selain itu Hishammuddin turut memaklumkan, sebanyak 25 premis diarahkan tutup serta-merta dalam pemeriksaan pada Sabtu.
Pemantauan juga meliputi 1,419 pemeriksaan ke atas kilang, 17,051 premis perniagaan, 415 tapak pembinaan dan 189 asrama penempatan pekerja.
Tambahnya, seramai 255 individu dikompaun kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) dan 21 lagi direman kerana kesalahan berkenaan.
Dalam perkembangan berkaitan, Operasi BENTENG (Op BENTENG) yang melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), PDRM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) dan agensi-agensi lain telah membuat tangkapan terhadap sembilan orang PATI dan merampas tiga buah kenderaan darat.
Sementara 901 individu telah tiba di semua pintu masuk antarabangsa pada Sabtu dan dikuarantin di 83 hotel dan 11 institut latihan awam (ILA) serta institut pengajian swasta di seluruh negara.