Skip to main content

Malaysia

13 kawasan rumah pangsa akan dibaik pulih

41355493829_120x90.jpg
Bermula tahun depan sebanyak 13 kawasan rumah pangsa di seluruh negara akan dibaik pulih.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung  berkata , ia sebahagian projek kejiranan indah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Menurut beliau, menerusi strategi lautan biru kebangsaan, setiap 13 kawasan rumah pangsa yang terpilih akan menerima peruntukan hampir sama dengan projek tahun ini.

Ia membabitkan kos antara 3 juta hingga 4 juta ringgit.

Bagaimanapun lokasi rumah pangsa yang akan dibaik pulih mulai  tahun depan masih belum dikenalpasti.

Antara penambahbaikan yang akan dilakukan termasuk menukar tangki air , mengecat bangunan dan menaik taraf longkang.

Must Watch Video