Skip to main content

Hiburan

Raja Ilya sah isteri Trent Garrett, bakal adakan resepsi di Malaysia

81545897632_ilya-trent-header.jpg
PELAKON Raja Ilya sah bergelar isteri kepada lelaki warga Australia dikenali sebagai TWG atau Trent, 37 pada 23 Disember lalu.

Baca: Tahniah! Raja Ilya Jadi Isteri Usahawan Kelahiran Australia

Beliau berkata, majlis pernikahan itu diadakan di kediaman saudara suaminya di Perth, Australia dan dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

"Syukur, Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Majlis ini dilakukan secara tertutup dan dihadiri keluarga serta kenalan terapat sahaja.

"Terima kasih kepada semua yang mendoakan dan saya berharap kenalan dan peminat doakan jodoh kami kekal selamanya," katanya menerusi kenyataan media sebentar tadi.

Baca: Tak Propa! Ini Bukti Foto Perkahwinan Raja Ilya & Usahawan Australia, Trent

Ilya, 33 tahun turut memuat naik foto majlis perkahwinannya di Instagram.
 

Must Watch Video