Skip to main content

Hiburan

Peminat kongsi video, bukti kemampuan alunan suara Zamani

41540742664_Zamani.jpg
SELEPAS Zamani gagal menyanyikan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta dalam konsert Gegar Vaganza musim kelima (GV5) malam tadi, video penyanyi itu dapat menyampaikan lagu tersebut dengan baik mula tular.

Video tersebut dikongsikan peminat-peminat penyanyi kumpulan Slam itu di laman media sosial dan YouTube bagi membuktikan Zamani mampu menyanyikan lagu tersebut.

Akibat kegagalan menyampaikan lagu Mengapa Perpisahan Yang Kau Pinta pada GV5 malam tadi, Zamani diumumkan tersingkir.

Bagaimanapun, penaja rancangan tersebut, Datuk Seri Aliff Syukri menggunakan imunitinya untuk menyelamatkan penyanyi tersebut yang menurut juri tetap GV5, Datuk Ramli MS, mengalami sakit tekak. 

BACA: Zamani diselamatkan melalui imuniti penaja 

BACA: 'Kami tak paksa Zamani menyanyi, tapi...' - Ramli MS Jelas situasi sebenar




YouTube Sylvester L



BACA: Biar hilang suara, namun Zamani tetap 'legend'

BACA: Zamani buat penonton menangis




Must Watch Video