Skip to main content

Hiburan

Pasangan hangat Bollywood Hrithik Roshan dan isteri akhirnya bercerai

51414838944_295x200.jpg
Aktor Bollywood Hrithik Roshan dan isterinya Sussanne Khan akhirnya bercerai setelah mahkamah Mumbai mengeluarkan perintah itu selepas setahun tidak hidup bersama.

“Mahkamah telah memberikan  perintah penceraian kepada kedua-dua mereka. Penceraian ini adalah atas dasar persetujuan bersama,” kata peguam  Hrithik, Mrunalini Deshmukh kepada agensi berita PTI.

Hrithik dan Sussanne telah mendirikan rumah tangga sejak 14 tahun lalu dan memiliki dua orang cahaya mata.

Kedua-duanya memulakan proses penceraian April tahun ini dengan menfailkan penceraian mereka. Mereka lahir dari keluarga penggiat filem.
 
Berita rumah tangga pasangan paling popular Bollywood itu telah menggemparkan dunia perfileman dan peminat mereka.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada 14 Disember tahun lalu, Hrithik  yang juga pelakon filem ‘Krrish’ mengumumkan perpisahan menerusi satu kenyataan dan mengatakan Sussane telah memilih untuk memutuskan hubungan perkahwinan mereka.

Sussane pula dalam satu kenyataan mengatakan perpisahan itu adalah pilihan individu.

Hrithik dan Sussanne telah mengenali antara sama lain sejak kecil lagi. Mereka berkahwin pada tahun 2000 selepas bercinta selama empat  tahun.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan duia anak lelaki, Hrehaan (7) dan  Hridhaan (5).

Must Watch Video