Skip to main content

Hiburan

Paparazzi reka cerita Bieber hisap ganja

41357359400_120x90.jpg
Susulan kematian papparazi yang melibatkan Justin Bieber, sumber mengatakan Chris Guerra berbohong apabila mengatakan dia terlihat Bieber menghisap ganja di dalam Ferrari.

Guerra disahkan menipu apabila sumber memberitahu Guerra memang selalu mengekori Bieber ke mana-mana.

Menurut sumber itu lagi, Bieber tidak pernah meninggalkan hotelnya pada waktu kejadian kecuali untuk makan tengah hari.

Bieber dilaporkan sangat kecewa dan berang dengan tindakan Guerra yang sering menceroboh ruang peribadinya.

Namun, penyanyi lagu "Baby" itu enggan mengulas lanjut kerana menghormati keluarga si mati.

Terbaru, lelaki yang dikenal pasti memandu Ferrari putih milik Bieber itu adalah penyanyi rap Lil Twist.

Must Watch Video