Skip to main content

Hiburan

Lana terharu dengar suami azankan anak

61545881227_Lana.jpg
Tiada apa yang membahagiakan seorang wanita selain daripada selamat menimang cahaya mata selepas sembilan bulan mengusung bayi dalam kandungan.

Kegembiraan itu tambah berganda apabila suami pula dapat mengazankan anak yang dilahirkan.

Demikian perasaan pelakon Lana Nodin yang sangat terharu mendengar suaminya, Mohd Daud McKenzie mengazankan cahaya mata mereka yang dilahirkan pada Rabu.

"Terharu dan sayu bila mendengar suami tercinta mengazankan seorang lagi insan yang akan menjadi penyeri dalam keluarga kami," katanya menerusi Instagram, pada Rabu.


Lana dan David atau nama Islamnya, Mohd. Daud McKienzi mendirikan rumah tangga pada Mei 2015. Pasangan berkenaan juga sebelum ini dikurniakan puteri sulung, Gia Quinn McKienzi pada Januari 2016.

Must Watch Video