Skip to main content

Hiburan

Konsert Dewa 19 ditambah satu malam lagi, tiket boleh dibeli bermula petang ini

41658195277_DEWAKonsert.jpg
KONSERT sempena sambutan ulang tahun ke-30 kumpulan Dewa 19 di Axiata Arena, Kuala Lumpur, akan ditambah satu malam lagi menjadikan dua malam konsert iaitu pada 9-10 September 2022 (Jumaat - Sabtu).

Tiket-tiket berharga RM168 sehingga RM488 boleh didapati bermula jam 3 petang ini di laman web https://www.ticket2u.com.my/dewa19

Dalam muat naik siri jelajah konsert "30 Tahun, 30 Kota, 30 Lagu" di akaun Instagram @dewa19anniversarytour, vokalis Ahmad Dhani berkata ia sebagai membalas sokongan daripada peminat di Malaysia.

"Tiket habis terjual dalam satu jam, kami sangat berbesar hati dengan sokongan Baladewa dan Baladewi ini.

"Jadi dengan sokongan anda, kami akan menambah satu lagi malam konsert pada 9 September di venue sama," katanya di laman Instagram.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @dewa19anniversarytour


Jelas Ahmad Dhani, Malaysia merupakan satu-satunya lokasi dengan penganjuran dua hari konsert.

Selain Dewa 19, konsert ini juga menampilkan barisan penyanyi dari Ari Lasso, Once, Virzha hinggalah penyanyi terbaru Ello.

Konsert ini mendapat sokongan Hot FM dan Buletin FM selaku radio rasmi serta Astro Gempak selaku digital media rasmi, manakala Kesion Malaysia dan EF Media pula selaku rakan media rasmi.



Must Watch Video