Skip to main content

Hiburan

Keadaan Datuk Sharifah Aini dilaporkan stabil

81359280247_295x200.jpg
Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Pusat Perubatan Pakar Damansara akibat fibrosis paru-paru.

Menurut pakar perubatan Datuk Dr Zainudin Md Zain, keadaan Sharifah Aini yang  akan menyambut ulang tahunnya yang ke 61 pada Rabu (hari ini) dilaporkan stabil.

Tambah Dr Zainudin lagi, fibrosis paru-paru itu telah mengakibatkan paru-parunya mengeras dan berparut.

“Buat masa ini, Sharifah Aini  berada dalam keadaan stabil dan di nasihatkan supaya tidak menerima lawatan mana-mana tetamu kecuali ahli keluarga yang terdekat sahaja.” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Selasa.

Sharifah Aini atau nama sebenarnya Sharifah Aini Syed Jaafar telah dibawa ke pusat perubatan oleh anaknya Aliff Omar Ali pada awal pagi Isnin selepas mengalami kesukaran bernafas.

Terdahulu, Sharifah Aini telah dikesan mengidap fibrosisi paru-paru sejak  dua tahun yang lalu. -- Astro Gempak

Must Watch Video