Skip to main content

Hiburan

Instagram pelakon filem Tamil, Vijay raih 4.4 juta pengikut dalam tempoh 24 jam

81680520179_VijayThalapathy.jpg
AKAUN Instagram milik pelakon filem Tamil popular Thalapathy Vijay yang baharu dibuka pada Ahad telah meraih lebih empat juta pengikut.

Bintang India itu berkongsi fotonya dengan kapsyen "Hello Nanbas dan Nanbis" (hello kawan), yang tular di platform media sosial.

Selebriti filem Tamil Rashmika Mandana dan Keerthy Suresh turut mengikuti akaun Intagram milik Vijay yang kini mempunyai 4.4 juta pengikut setakat Isnin.

"Halaman rasmi akaun dikendalikan oleh pejabat pelakon Vijay," menurut bio akaun Instagram berkenaan.

Filem terbaharunya Varisu mendapat sambutan hangat dan mencatat kutipan pecah panggung.

-- BERNAMA

Must Watch Video