Skip to main content

Hiburan

'Free hair for Abdullah' - Ini jawapan Syed Abdullah pada kecaman netizen

51549512032_syed-abdullah-emma-header.jpg
KISAH kontroversi pasangan Emma Maembong dan Syed Abdullah Syed Abdul Rahman belum lagi berakhir.

Selepas pengumuman pelakon wanita itu membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab semalam, netizen mula menyerang akaun Instagram peribadi Syed Abdullah pula.

Baca: Selepas 5 Tahun Berhijab... Emma Maembong Sah Buka Tudung, Kembali Free Hair

Menuduhnya menjadi punca Emma nekad membuka tudung, abang kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq itu ada jawapan sendiri.

"Syed cukup kecewa dengan tuduhan orang mengatakan Syed lah penyebabnya.

"Instead Syed terima semua ini sebagai cabaran.

"Terima kasih atas teguran, Syed hargai komen ini," tulisnya menjawab salah satu komen di entri terbaharu Instagramnya.


 

Must Watch Video