Skip to main content

Hiburan

Big Stage 2020: Siapa bakal tersungkur pada pusingan suku akhir?

61600020814_BigStage.jpg
Seperti semua sedia maklum, pada minggu lepas konsert Big Stage ditangguhkan sementara berikutan pemergian salah seorang pesertanya, Sandra Dianne.

Oleh kerana itu, tugasan pada minggu kelima dibawakan pada malam ini sempena pusingan suku akhir.

Peserta yang masih kekal dalam Big Stage ialah Nana Sheme, Farisha Iris, Dinie Rashid, Fadh Majid, Usop, Azzam Sham, Qody Rany dan Hafiz Zainal.

Pada masa sama, peserta Big Stage juga akan membawakan satu lagi tugasan tambahan iaitu Battle Round.




Siapa yang bakal menyerlah dan siapa pula yang akan pulang pada malam ini?

Sama-sama kita saksikan Big Stage, pada jam 9 malam di Astro Ria dan Astro Ria HD




Must Watch Video