Skip to main content

Hiburan

Ariana Grande umum konsert istimewa buat mangsa tragedi di Manchester Arena

41495601863_ArianaGrande.jpg
Bintang pop Amerika Syarikat, Ariana Grande mengumumkan akan mengadakan satu konsert istimewa di Manchester sebagai memperingati mangsa pengeboman bunuh diri pada Isnin lalu.

Grande, 23, membuat pengumuman itu di Instagram sebentar tadi, namun tarikh konsert berkenaan masih belum diputuskan.

Dalam kejadian itu, 22 orang terbunuh dan lebih 100 cedera dalam satu letupan sebaik Grande selesai melakukan persembahan.

Beliau kemudian membatalkan beberapa siri konsert yang dijadual diadakan di London dan Eropah pada 5 Jun.

Beliau juga memuat naik satu tweet pautan dana untuk mangsa anjuran Manchester Evening News, yang setakat ini telah mengumpul USD$2.1 juta (RM8.9 juta).

 

A post shared by Ariana Grande (@arianagrande) on




Must Watch Video